Qunut nazilah & Qunut biasa
Wednesday, 19 September 2012 ★ 21:42 │
PERBEZAAN QUNUT NAZILAH DAN QUNUT BIASA
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada
setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca
pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri
untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih
salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
·
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah
membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah
ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
DOA QUNUT NAZILAH?
MAKSUDNYA :
'Ya Allah, sesungguhnya
kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami
memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada
Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada
Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami
mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang
sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah
Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan
permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya
Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau
jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala
kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya
Allah.”
QUNUT YANG BIASA DIAMALKAN
Maksudnya:-
Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya
untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada
segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi
Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa
yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera
keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .. :D
Bacaan Dalam Rumi Dan Maksudnya
OLDER POST | NEWER POST