Photobucket
Dream High
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Solat Jumaat
Wednesday, 19 September 2012 ★ 21:43 │ (0) angels


apa itu solat jumaat?
Solat Jumaat
ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.


Firman Allah SWT:



"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat, dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9).........                                                                                                                                                                                        Syarat syarat bagi menunaikan solat jumaat ni pula...                           
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat jumaat

  1. Didirikan didalam waktu Zohor.
  2. Ditetapkan tempat mendirikan solat jumaat seperti masjid, padang dan sebagainya.
  3. Berjemaah sekurang-kurangnya 40 jemaah yang tinggal tetap di kawasan.
  4. Didulukan dengan dua khutbah.

Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar

Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar.


Berkata imam An-Nawawi yang maknanya :


“Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)”(Al-Majmu‘: 4/472).


Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111)



yang lama aku pendam...

khatib dah mula baca khutbah, ada yang masuk masjid buat solat sunat... bukan ke mendengar khutbah tu rukun?.... dah la mengganggu orang nak dengar khutbah.. boleh pulak berdiri kat depan orang... lagi satu pulak yang aku perati kat dalam masjid masa khatib baca khutbah.. orang tidur...hum... encik, kalau nak tidur baik balik rumah jer.. erm.. malu dengan kawan2 tak pergi masjid ke? ish ish.. malu dengan kawan apa ada hal... malu lah dengan pencipta bang oi...xder makna abang buat sesuatu kalau rukunnya dah tinggal. siap ada yang meleleh airliur lak tu.. ape kes..
yang ni lagi satu.. tau la ada  henpon mahal.. yang ko pegi layan facebook masa khatib baca khutbah sama la dengan yang kat atas ni... huhu... ape nak jadik ni...
mari kita sama sama fikirkan.. muhasabah diri masing2.. aku bukan lah sempurna.. sekadar meluahkan apa yang terpendam.. dengan sedikit ilmu untuk mengingatkan. sekiranya apa yang aku luahkan ni salah.. tolong lah bagi teguran...


Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
meet the awesome beutiful owner !

NurulAin and this is my blog, it's mine. In this very little space from the World Wide Web, this could be the only place where in i can have freedom to express myself, rant whenever i wanted to, type asdfghjkl until i get tired like an idiot. Alright, you've got it. I am really an awesome girl . okay? and you've got any problems with that? haha . Actually i'm just thirTEEN and i act like what normal teen girls do. and i blah blah, i blah too.. enough. bye byee! Thanks :)